GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 3 November 2010

Saman ekor tak akan dihentikan


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kerajaan tidak bercadang menghentikan tindakan mengeluarkan saman ekor kepada pesalah trafik, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Ini kerana katanya, saman ekor tersebut sebenarnya adalah notis saman yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada pesalah jalan raya yang ingkar terhadap Notis POL 170A yang dikeluarkan ke atas mereka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Oleh kerana ia adalah berlandaskan undang-undang, kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan proses ini.

"Justeru persepsi masyarakat dalam mentakrifkan notis saman in sebagai saman ekor perlu diperbetulkan,” katanya menjawab soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Notis POL 17A ini katanya, ditakrifkan sebagai borang yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berdaftar menurut Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan bagi mendapatkan maklumat dan identiti serta alamat pemandu yang dikesan melakukan kesalahan trafik berkaitan had laju yang dirakam menerusi kamera perakam elektronik. - Bernama

*** Aiyaa..kome ada lagi satu belum jelas..tak lari laju cuma lebih 0.8 km saja satu jam dari tempat mematuhi had laju.. '' ada orang kata jika speed sampai out pedal..kamera ni tak dapat snap..ye ke?''..Nanti balik motong petang esok nak try..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP