GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 5 November 2010

Ketupat dan rendang Deepavali

Entah macam mana Akak boleh jadi sibuk sangat dengan sambutan perayaan Deepavali kali ni..Akak kena buat ketupat dan rendang ..rendang ayam 10 ekor serta ketupat dan kuahnya..

Siap dengan pembantu Akak..Anis yang bercuti sekolah serta juga Aina..kecuali encik Amirul yang begitu sibuk dengan kebun..

Nak jamu jiran jiran ke buat begitu banyak..Hari Raya puasa baru ni pun tiada lah buat ketupat dan rendang sedemikian rupa..



* Akak sedang membuat kerja pembersihan ayam..




* Aina pula sedang menumbuk kacang untuk kuah ketupat..Aina tidak menggunakan Blender

untuk mendapatkan rasa sedap kuah kacang..sebalik nya Aina menumbuk kacang menggunakan Lesung batu hadiah perkahwinan Ibu dan Bapa beliau dahulu..



* Anis seorang yang bijak..beliau mengambil kerja kerja mudah sahaja..iaitu memotong bawang serta menghiris halia..



* Begini lah rupa kuah kacang yang baru mendidih..sungguh menaikkan selera dengan aroma bau..



* Ini pula ketupat segera yang sedang direbus..tidak berdaya Bapa Aina untuk memanjat pokok kelapa yang tinggi melayut di hadapan rumah bagi mengambil pucuk daun kelapa untuk bungkus ketupat..jadi terpaksa guna ketupat segera..panjat saja di Pasaraya..



* Ini rendang yang telah siap..berasap..

Tiba tiba talipon berbunyi..

'' elo..encik sudah siap ka saya punya ketupat dan rendang? ''..kata Mr Nadarajan dalam talipon..

'' Suda..bole mari angkat ''...jawab Akak..

'' Wokeh..lagi 20 minit sampei ''..jawab Mr Nadarajan pula..

Ohh..rupa rupa nya Akak dapat projek Ketupat dan rendang Deepavali untuk Mr Nadarajan..

'' Berapa aok cas Nadarajan untuk ketupat dan rendang ini?''..tanya Bapa Aina..

'' Ada lah..ngapa aok tanya?''..kata Akak..

'' Bak kawan nak minjam sikit ''..kata Bapa Aina..

'' Hiss..bukan nak tolong..duduk melunjur je..tak boleh tak boleh pinjam ''jawab Akak..

Mata Bapa Aina terkebil kebil sambil mengunyah ketupat dengan kuah dicampur pula rendang..

*** Bapa Aina ni rupanya kuat mengendeng..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP