GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 6 November 2010

Pengguna motosikal catat kematian paling tinggi 2009


* Ini salah satu ciri yang akan menambahkan statistik kemalangan


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Seramai 4,070 pengguna motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara sepanjang tahun lepas, jumlah yang paling tinggi berbanding pengguna jalan raya lain.

Lebih separuh daripada jumlah keseluruhan mereka yang cedera parah akibat kemalangan jalan raya tahun lepas juga terdiri daripada pengguna motosikal, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), sebanyak 6,745 kematian dilapor dan 8,846 orang cedera parah akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lepas.

"Daripada jumlah yang maut itu, 4,070 adalah pengguna motosikal, 1,411 membabitkan kereta, 593 pejalan kaki dan masing-masing 13 pengguna bas ekspres dan bas sekolah.

"Mereka yang cedera parah pula ialah 5,758 pengguna motosikal, kereta (1,709), pejalan kaki (613) dan pelbagai jenis bas seperti bas ekspres, bas kilang, bas sekolah (59),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 41,055 kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lepas dan daripada jumlah itu 9,591 merupakan kemalangan maut. – Bernama

*** Pernah juga bawa motor laju laju dulu..tapi laju dengan cara yang sangat berhemah dengan disiplin yang tinggi..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP