GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 10 November 2010

Macam mana boleh termasuk dalam kedai Pizza pulak ni

Ada sebuah kedai jual Pizza yang sungguh berjenama diBandar kome ni..baru seminggu beroperasi..kebetulan ada kerja di situ..maka ndak tak ndak masuk juga lah..

Encik Tarmizi yang kebetulan bercuti pun ada..maka kena meng order juga lah Pizza ni..



* Ini bentuk Pizza yang di pesan..kawan langsung tak tau Pizza ini jenis apa..yang kawan tau benda boleh dimakan..telan saja lah..



* Untuk mengelakan perebutan berlaku..encik Tarmizi cuba mengagihkan Pizza itu dengan secara adil..



* Pinggan kawan yang sedang menanti itu..kawan meng order air kopi campor susu..langsung tidak terasa manisnya..kena guna 6 paket kecil gula yang di sediakan..



* Tengok Pizza sudah jatuh ke dalam pinggan..maka kawan pun makan dengan tertib..sebab ramai pelanggan lain duk jeling jeling..macam encik Tarmizi juga yang selalu menjeling jeling kepada pekerja wanita Pizza tersebut..




* Licin sudah ada nya..sememang nya jarang sungguh kawan makan Pizza ini..rasa sedap juga..tapi kawan masih tidak dapat melupakan lempeng kelapa colek sambal ikan bilis yang emak kawan buat...

Seronok masuk dalam kedai Pizza ini..rasa sejuk dan nyaman sekali..di sebelah pintu masuk kita kan di sambut mesra dengan senyuman manis..rasa nak juga minta no. hendphone pekerja terbabit..tapi ada ka dia kata ..'' Sila kan masuk Pakcik ''...

*** Ha ha ha! bukan kawan atau encik Tarmizi yang bayar ni..ada orang belanja..lain kali belanja lagi yer..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP