Senyum dipagi hari Jumaat ( Curi wang isteri )
Aktiviti biasa sewaktu menjemur kain..
'' Baca suratkhabar hari ini Zita? ''..berkata Kak Zakiah
'' Belum lagi lah Kak..ada isu menarik ke Kak?''..
'' Suami curi wang dan barang kemas isteri..untuk langsaikan hutang kahwin ''..kata Kak Zakiah..
'' Sampai macam tu sekali..Akak dulu macam mana..suami Akak berhutang ke belanja perkahwinan? ''..tanya Rozita..
'' Berhutang juga..tapi berhutang KOPERASI..sampai anak 3 baru langsai hutang..Zita pula macam mana? ''..kata Kak Zakiah..
'' Abang Lock yang pinjam duit Zita separuh dari belanja perkahwinan dia, Zita tanggung ''..kata Rozita..
'' Bertuah suami Zita ''..kata Kak Zakiah..
'' Bertuah apanya Kak..sampai sekarang pun dia tak bayar lagi..tapi tak per lah..Zita selalu minta Upah dari dia ''..kata Rozita..
'' Upah?'..apabenda dengan upah tu Zita ''..kata Kak Zakiah..
'' ..Kali ni Akak tak faham yer..tidak mengapa..nanti Zita ceritakan..'' kata Rozita..
*** Upah?..