Blogger boleh jadi kaya raya dengan berblog
Teruja sungguh dengan sebuah berita dari surat khabar Berita Harian online
KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.
Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.
'' Wohh..kalau macam ini kawan akan terus berblog sehingga ke titisan bateri lappy yang terakhir ''..kata Azman Zahari..
'' Koi tau..ini mesti kisah blogger blogger yang berjaya dan telah kaya raya dengan hasil penulisan blog mereka ''..kata Ahmad Zaki..
'' A'ah..mungkin lagi 7 atau 8 tahun kawan boleh mengikuti jejak mereka ''..jawab Azman Zahari sambil mendongak dengan sedikit angkuh..
'' Pendapatan dia orang sudah berbelas malah berpuluhan ribu sebulan..aok baru berapa? ''..tanya Ahmad Zaki..
'' Kawan baru RM45 sebulan kadang jatuh RM25 kadang adakala RM16.90 saja sebulan..tidak mengapa itu cabaran bagi kawan..kawan akan terus meningkatkan prestasi lagi ''..kata Azman Zahari..
'' Padan lah muka aok..dapat sebanyak itu setiap bulan..sebab entri aok tidak asli..aok cilok aok Copy dan paste sana dan sini..aok main tepek sahaja..idea fresh aok langsung tidak ada..mereka yang berjaya itu semuanya mengekalkan keaslian karya masing masing ''..kata Ahmad Zaki terus berlalu pergi..
'' Pedih pedih ''.. rungut Azman Zahari dalam hati..