Dadah: Vokalis kumpulan rock terkenal direman tujuh hari
MELAKA 2 Feb. – Seorang vokalis sebuah kumpulan rock terkenal dan isterinya
yang disyaki memiliki dadah ditahan reman selama tujuh di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh di sini hari ini bagi membantu siasatan.
Artis berusia 43 tahun, isterinya, 31, bersama seorang anaknya berusia empat tahun ditahan polis ketika menginap di sebuah hotel bajet di Melaka Raya di sini, petang semalam.
Utusan Malaysia difahamkan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah yang menyerbu bilik penginapan artis berkenaan hasil maklumat orang awam telah menjumpai sejumlah dadah jenis syabu dan ganja dalam sebuah beg. – Utusan