Dadah: Vokalis kumpulan rock terkenal direman tujuh hari
MELAKA 2 Feb. – Seorang vokalis sebuah kumpulan rock terkenal dan isterinya
yang disyaki memiliki dadah ditahan reman selama tujuh di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh di sini hari ini bagi membantu siasatan.
Artis berusia 43 tahun, isterinya, 31, bersama seorang anaknya berusia empat tahun ditahan polis ketika menginap di sebuah hotel bajet di Melaka Raya di sini, petang semalam.
Utusan Malaysia difahamkan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah yang menyerbu bilik penginapan artis berkenaan hasil maklumat orang awam telah menjumpai sejumlah dadah jenis syabu dan ganja dalam sebuah beg. – Utusan
8 Merujuk kepada perkara diatas :
hmm..lagi? sape yer? huhu..
sape yeee...mmm~
salam..
koi baru nak tanya
aok jugak..sapa la
gamaknya tu yak?
xabis2 dgn dadah artis nih..
saspen jugak nih!
Nok deras kaya nok deras mati huhuhu )
koi pun anda terpandang berita tu dlm tv masa koi gunting rambut dlm kedai keling tadi
Itu Lorkers nama Ameng lorr...
Ameng di tahan kerana ganja
Hotel burung
Catat Ulasan