6 kaki judi termasuk 2 janda ditahan
PASIR PUTEH – Enam individu termasuk dua orang janda yang sedang leka berjudi ditahan di sebuah rumah di Kampung Wakaf dekat sini tengah malam tadi.
Turut dijumpai di rumah itu dalam serbuan kira-kira 12.45 tengah malam ialah ketulan dadah.
"Ketika serbuan dilakukan, terdapat enam individu, empat lelaki dan dua wanita yang dipercayai janda sedang leka berjudi menggunakan daun terup.
"Kesemua mereka berumur antara 24 sehingga 50 tahun dan hasil pemeriksaan lanjut pihak kita di dalam rumah itu kemudiannya, menemui beberapa plastik yang berisi ketulan disyaki dadah,” kata Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal.
Beliau berkata, kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Pasir Puteh untuk siasatan lanjut.
"Pihak kita juga telah menjalankan ujian air kencing terhadap suspek dan ada di antara mereka didapati positif dadah,” katanya. – Bernama
8 Merujuk kepada perkara diatas :
judi judi, nak cepat kaya le tu
buat benda bodos
Adehai...glemer janda2 Kelate neh..
Yg penting org2 ppuan Kelate rajin2..
Ahli perniagaan berjaya..Jgn kerana nila setitik,rosak susu sekotak..
Bahaye betul.
Koi suke entry aok ni. :D
salam..
aduhai mak janda..
moga kalian berubah
agar persepsi orang
pada anda nampak
lebih baik..
isk...isk.. tak semua janda jahat, tapi yng ni tak senonoh ni..hehe
Inilah padah bermain judi haram...
Hotel burung
huhu..
dadah perosak anak bangsa..
sgt mmbmbangkan..
Catat Ulasan