Sedap malam jumaat
5 rodong ( sahabat ) mula berkumpul kembali..setelah lama tidak bersua..perancangan diatur untuk operasi dimalam jumaat..
Semua sudah sedia hanya tinggal masa untuk bergerak sahaja..
'' Koi memang tak tahan sangat..dah meleleh air liur ni ''..kata Aduk yang sedari tadi mengetap getap bibir menahan gelora..
'' Moh cepat kita pergi..Pak Akub tentu tiada dirumah sebab dia syif guard malam minggu ini ''..kata Kapok pula..
5 rodong ( sahabat ) pasti tidak dapat menahan..apatah lagi dengan kemanisan yang sangat terserlah..
'' Koi kali ni nak kunyah kunyah sepuas hati..nak lumat lumat kan ''..kata pula Miki yang semakin nampak sudah mengeletar..
'' Koi pun tak tahan dah ni..dah 2 bulan tidak kena..gian sangat dah ni..oo.. '' kata Niker yang hanya berseluar pendek dan berbaju singlet..
'' Sabo lah sikit..tak kemana gunung dikejar..kita pakuh pelan pelan baru sedap ''..kata Bok pula yang sememangnya sungguh ganas..
Dengan langkah berhati hati 5 rodong ( sahabat ) bergerak kerumah Pak Akub untuk mencuri tebu hitam yang perdu nya sungguh subur..pasti mempunyai rasa yang sangat manis..