Guna Facebook cari keldai dadah

Sindiket dadah antarabangsa dan tempatan kini menggunakan laman sosial Facebook untuk merekrut rakyat tempatan menjadi kaldai dadah.
Taktik itu terbongkar ekoran penahanan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun, yang membawa dadah jenis kokain di Lapangan Terbang Ezeiza Buenos Aires, Argentina, akhir bulan lalu.
Hasil soal siasat, suspek yang berasal dari Sungai Cincin, Gombak, mengaku dibayar RM7,000 bagi membawa masuk bungkusan yang didakwa mengandungi batu permata hitam ke Argentina.
Urusan membawa bungkusan itu dilakukan menerusi Facebook.
Setakat ini 5 ejen tempatan yang terbabit dalam sindiket dagangan dadah menggunakan laman sosial itu turut ditahan.
Penggunaan Facebook juga dikatakan memudahkan dalang melepaskan diri jika kaldai dadah tertangkap.
Ganjaran lumayan juga punca ramai yang mudah terpengaruh..
Sumber portal tv3



