Awas pekerja TNB palsu
Awas ! Sekarang bukan Telur saja ada yang palsu atau tiruan..
KUALA LUMPUR 11 April - Kerajaan tidak pernah mengenakan sebarang caj tambahan terhadap perkhidmatan pendawaian dalaman bagi program penyambungan elektrik di kawasan luar bandar.
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai atau pemilik rumah agar tidak terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang meminta bayaran perkhidmatan itu.
Jelas kenyataan itu, sekiranya perkara itu berlaku, mereka diminta segera membuat laporan polis.
"Individu yang memakai uniform TNB didapati meminta pemilik rumah membuat pembayaran pendahuluan sebelum pemotongan bayaran akan dibuat menerusi bil utiliti bulanan mereka.
"Kerajaan tidak pernah mengendalikan projek tersebut atau mewajibkan sebarang caj tambahan pendawaian dalaman sebanyak RM100, di samping bayaran deposit penyambungan meter," jelas kenyataan itu.
Bagaimanapun, terdapat kes-kes terpencil yang caj penyambungan dikenakan sekiranya rumah terlibat terletak jauh dari lokasi talian perkhidmatan.
Katanya, kerajaan memandang serius kes tersebut dalam usaha menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi infrastruktur asas kawasan luar bandar..
13 Merujuk kepada perkara diatas :
hehehe, usahkan awek palsu. bini palsu pun dah ada kan? lepas 6 bulan baru perasan rupanya kepalsuan semata2. huhuhuuhuh
Ha ha ! eelobor betul2..
Macm2 bender palsu dunia dah makin punah :(
Macam macam cara orang cari makan sekarang nie kan...
Peribahasa Jepun ( Part 2 )
ahahahah awek palsu hahahah tapi bahaya betoi zaman skang mcm2
macam-macam....
wabe...nak cari duit punye pasal..
Tengs for the info. saya terus sms hubby gatu ttg ni. risau juga...:(
klik HB
bahaya betul
yg ni pn nk menipu iskh iskkh
Proton Satria Neo Supercharged 2011
benda-benda palsu
banyak yang terkena
bila dah tertipu
timbul buruk sangka.
bahaya sungguhh...mcm2 hal dunia skrg nie..
meh sini: Besar Dah Budak Nie!!
Catat Ulasan