Bila suami pulang lewat malam ( Senyum dipagi hari jumaat )
'' Apa Akak akan buat jika suami selalu pulang lewat malam? ''.. tanya Rozita kepada Kak Zakiah yang sedang tersengih sengih sambil menjemur pakaian di ampaian..
'' Selalu Akak tidak tunggu.. Akak tidor je dulu.. lagi pun suami Akak ada kunci spare ''.. jawab Kak Zakiah
'' Macam tu.. sama lah macam Zita.. dan jangan harap lah Abang Lock dapat tidor sebilik dengan Zita.. tentunya dia akan tidor di ruang tamu ''..kata Rozita..
'' Eii ! .. tak baik nya kau ni Zita.. tak kan nak biar abang Lock kau tidor sorang sorang ''..kata Kak Zakiah..
'' Abang Lock sangat memahami Zita.. dia tak mau kacau tidor Zita ..suami Akak pula macam mana?''..kata Rozita..
'' Suami Akak lain.. mesti dia nak tidor sama Akak..tak kira apa..Akak sedang lena ke..pasti dia kacau..nak pula bila malam jumaat lagi kuat dia kacau.. ''kata Kak Zakiah
Perbualan mereka terhenti di situ..sebab Rozita tau...jika diteruskan pasti Kak Zakiah akan terus meracau..