Jangan memandu ketika mengantuk
Satu kajian trafik yang dijalankan di Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan bahawa sekitar 41 peratus pemandu yang ditinjau berkata mereka pernah terlelap atau tertidur ketika sedang memandu.
Antara tanda-tanda seseorang pemandu itu berasa mengantuk ialah sukar memastikan mata mereka setiasa terbuka, sering menguap, khayal, pemikiran yang tidak tetap, rasa marah, tidak selesa serta gagal membaca papan tanda atau terlepas jalan keluar.
Kajian itu juga mendapati para pemandu berusia 16 hingga 24 tahun adalah 78 peratus lebih berkemungkinan berasa mengantuk sebelum berlaku kemalangan berbanding mereka yang berusia 40 dengan 59 tahun..