Kehilangan Jam tangan
Agak lama juga tidak kedengaran kemana hilangnya encik Topik dan Rosli Ghani ni..
Dan di kesempatan kala kesibukan yang sungguh ketara kedua rodong ini..sempat juga mereka bersembang sekali lalu di kaki 5 sebuah kedai menjual Jam..
'' Ohhh..aok mana seminggu tak nampak ''..tegur Rosli Ghani..
'' Koi pergi Medan Indonesia seminggu ada lawatan sambil belajar anjuran Jabatan koi ''..kata encik Topik..
Raut muka encik Topik nampak cemas.. ini yang Rosli Ghani bertanya lagi..
'' Nampak cemas je aok ni..ni buat benda pula dekat kedai Jam ni ''..tanya Rosli Ghani..
'' Ni haa.. koi membeli Jam tangan baru..jam tangan lama koi hilang kat Medan..hilang dalam bilik pulak tu..entah sapa lah yang amik ''.. jawab encik Topik..
Rosli Ghani terpaku sejenak.. dan hati beliau berkata.. adakah encik Topik ini begitu cuai orangnya.. tapi apa pun sapa lah encik Topik ini.. pastinya tidak kan menjadi kontroversi atas kehilangan Jam tangan beliau..
Encik Topik tersengih..sebab yang hilang tu cuma Jam tangan pasar malam berharga RM30 sahaja.. nampak cemas sebab tetiba sahaja encik Topik mengalami sakit perut mungkin air tea tarik yang baru diminum sebentar tadi tidak masak sepenuhnya..