GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 12 Ogos 2011

Pendidikan seks wajib diajar



NEW YORK: Sekolah awam di bandar raya New York diwajibkan mengadakan kelas pendidikan seks kepada semua pelajar sekolah menengah dan tinggi, sebahagian inisiatif di seluruh bandar raya itu bagi membantu mengurangkan kehamilan remaja, kata pihak berkuasa, semalam.

Kelas pendidikan seks yang pertama diwajibkan sejak hampir dua dekad itu akan mengajar kanak-kanak seawal 11 tahun dan membincangkan topik seperti cara penggunaan kondom dan cara untuk menolak godaan seksual yang tidak diingini. Sekolah awam perlu mengajar pendidikan seks untuk satu semester kepada kelas gred enam atau tujuh dan sekali lagi kepada kelas gred sembilan dan gred 10, kata Canselor, Dennis Walcott. 

Langkah itu adalah sebahagian usaha pentadbiran Datuk Bandar, Michael Bloomberg bagi memperbaiki kehidupan pelajar Latin dan kulit hitam yang kebanyakannya kurang berpendidikan serta tidak bekerja dan kerap terbabit dengan kehamilan yang tidak dirancang.

 Penyelidikan dilakukan Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan 41 peratus remaja bandar raya New York berkata, mereka aktif melakukan seks sejak gred sembilan dan 58 peratus pada gred 12. “Kita perlu komited memastikan pelajar sekolah menengah dan tinggi didedahkan dengan informasi berguna ini, jadi mereka boleh mempelajari cara selamat sebelum dan bila mereka memutuskan untuk melakukan seks,” kata Walcott. Bantahan daripada kumpulan konservatif dan sebahagian anggota lembaga sekolah telah menyebabkan kurikulum pendidikan seks yang diluluskan bandar raya ini pada 1980-an, tidak dapat dilaksanakan.

 Dalam kes berasingan pada 1987, pentadbiran kerajaan mewajibkan kurikulum mengenai pendidikan HIV/Aids di setiap sekolah mulai dari tadika hingga gred 12 yang masih berfungsi hingga sekarang. New York juga mengarahkan pelajar sekolah menengah dan tinggi mengambil kelas pendidikan kesihatan untuk satu semester. Bagaimanapun, sesetengah sekolah tidak memasukkan pendidikan seks dalam kelas kesihatan. - Reuters

* Sumber myMetro



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP