GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 11 November 2011

Dipenjara kerana bakar kelab bogel

* SUASANA lengang di kelab bogel Onyx di Atlanta kelmarin
ATLANTA, Amerika Syarikat (AS) - Disebabkan dengki, pihak pengurusan kelab tarian bogel Platinum 21 di sini berkomplot memusnahkan premis saingan mereka, Kelab Onyx setelah premis berkenaan dipenuhi pelanggan walaupun ia baru beroperasi.
Menurut pendakwa raya, pada mulanya, tempat itu dikotorkan dengan lipas dan tikus tetapi apabila taktik itu gagal, kelab tersebut dibakar.
Menurut dokumen mahkamah, kebakaran pada Januari 2007 menyebabkan Kelab Onyx ditutup selama enam bulan manakala pihak pengurusannya mengalami kerugian AS$1.8 juta (RM6 juta) akibat kerosakan dan kehilangan jualan.
"Membakar perniagaan saingan bukan sahaja mengancam amalan kebebasan berniaga tetapi ia merupakan jenayah keganasan," kata Ketua Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan Atlanta, Gregory Grant.
Insiden itu turut menyebabkan tiga pekerja Platinum 21 dijatuhi hukuman penjara kelmarin kerana berkomplot melakukan kebakaran.
Ketua Keselamatan Platinum 21, Sandeo Dyson, 46, dihukum penjara lima tahun kerana membakar kelab bogel itu manakala pengurusnya, Boyd Smith, 41, menerima hukuman penjara sama kerana membantu Dyson.
Pengurus korporat Paltinum 21, Harold Thrower dihukum penjara tiga tahun kerana mengatur komplot itu.
Semasa perbicaraan, Thrower menyatakan dia dan Smith membayar AS$5,000 (RM16,907) kepada Dyson untuk membakar Kelab Onyx.
Kelab tarian bogel berkenaan menggegarkan industri hiburan dewasa di sini lewat 2006 apabila ia kerap menganjurkan parti untuk bintang rap sekali gus menarik kehadiran golongan muda yang berpendapatan tinggi. - AP
* Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP