Tiga beradik terkenal kerana YouTube
Tweet
Read more...
ABELARDO (kiri), Angie (tengah) dan Gustavo bergambar di bandar raya Mexico kelmarin.
BANDAR RAYA MEXICO - Sebuah kumpulan pop yang dianggotai oleh tiga beradik di Mexico melonjak popular selepas klip video muzik mereka disiarkan di laman perkongsian video YouTube.
Berasal dari bandar Mexicali, utara Mexico, Sounds Vazquez yang dianggotai oleh Abelardo, Gustavo and Angela "Angie" Vazquez yang masing-masing berusia 16, 13 dan 10 tahun mengecapi populariti pada November 2011.
Ketika itu, satu klip video di YouTube menunjukkan Abelardo menyanyikan lagu Adele, Rolling In The Deep.
Ia ditonton sebanyak 60 juta kali.
Ekoran kejayaan klip video berkenaan bersama empat klip video lain, Sounds Vasquez telah 'dilamar' oleh Sony untuk bernaung di bawah syarikat rakaman berkenaan sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk menerbitkan album.
"Kami juga mencipta lagu kami sendiri," kata Abelardo.
Album sulung mereka, Sounds Vazquez, yang memuatkan lagu berbahasa Inggeris, mula dijual pada Selasa lalu dalam bentuk cakera padat dan cakera video digital.
Sounds Vazquez bergiat aktif dalam bidang muzik atas dorongan bapa mereka, Abelardo Vazquez yang merupakan seorang penerbit muzik.
Vazquez pernah menerbitkan lagu untuk beberapa penyanyi popular seperti Reik dan Nikki Clan. - Agensi
* Sumber