Rihanna Lebih Tenang Berbaju Seksi
Tweet
NAMPAKNYA isu ngenai sikap Rihanna masih lagi belum berhenti menyerang penyanyi itu. Terbaru, Rihanna kembali beraksi panas bagi menjayakan sebuah promosi produk terbaru jenama minyak wangi iaitu Nude.
Menurut laporan Digital Spy, Rihanna hanya beraksi tanpa baju dengan hanya menutup dada menggunakan tangannya sahaja untuk produk minyak wangi keduanya selepas Reb'I Fleur yang dilancarkan pada tahun lalu.
"Esok saya akan melakukan satu sesi fotografi yang agak besar bagi minyak wangi baru buat para wanita, namanya....NUDE!" katanya dalam entri Twitter miliknya sebelum foto-foto tersebut beredar.
Dalam foto tersebut, penyanyi berusia 24 tahun itu memberi empat aksi seksi dengan raut wajah yang menggoda.
Bagaimanapun, aksi seksi sedemikian bukanlah satu perkara baru buatnya kerana sebelum ini Rihanna pernah membuat pengakuan bahawa beraksi menggoda boleh membuatkan dirinya lebih tenang.
"Semakin nipis dan seksi baju saya, hati saya berasa lebih tenang. Cuma saya harus menghadapi ketakutan itu untuk menjadi lebih berani," ujarnya.
* Sumber
Read more...