GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 31 Mei 2012

Motosikal polis dilarikan ketika bertugas


BUTTERWORTH — Seorang lelaki dipercayai anggota geng curi kereta bertindak melarikan motosikal anggota polis yang sedang memeriksa kenderaannya jenis BMW 5siri di Jalan Raja Uda, di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.20 malam itu, empat anggota polis dari Unit Pencegah Jenayah Balai Polis Mak Mandin menahan kenderaan yang dipandu lelaki berusia lingkungan 50-an itu selepas mendapati dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Zulkifli Alias berkata, ketika anggota polis terbabit memeriksa kenderaan milik lelaki itu, dia bertindak mencuri motosikal jenis Yamaha Lagenda dan melarikan diri.
"Dua anggota polis dan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan cuba mengejar lelaki itu yang memecut motosikal ke arah Butterworth, bagaimanapun gagal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, pihaknya berjaya mengenal pasti identiti lelaki yang melarikan motosikal anggota polis berkenaan dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.
"Pemeriksaan juga mendapati kereta dipandu lelaki yang berasal dari Kepala Batas dekat sini itu dilaporkan hilang di Cheras, Kuala Lumpur tiga bulan lalu.
"Polis percaya lelaki itu melarikan diri kerana tidak mahu ditahan kerana memandu kereta curi,” katanya.
— BERNAMA

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP