Jakarta anjur program Sehari Tanpa Nasi
Tweet
Ketua bahagian keselamatan makanan di kementerian terbabit, Achmad Suryana berkata bahawa program terbabit adalah bertujuan mengurangkan kebergantungan rakyat kepada nasi sebagai makanan utama penduduk.
“Melalui program ‘sehari tanpa nasi’ penduduk dijangka dapat mengurangkan penggunaan beras sebagai makanan utama dan mula bertukar kepada makanan gantian lain seperti bahan dari jenis ubi,” katanya yang dipetik Jakarta Globe, semalam.
Achmad berkata, kerajaan selama ini berusaha untuk mengubah minda penduduk sebagai satu cara mengurangkan penggunaan beras sebanyak 1.5 peratus setahun. Purata penggunaan beras, jagung dan gandum di kalangan sebuah keluarga Indonesia adalah sebanyak 316 gram per kapita setiap hari, sedangkan ia sepatutnya hanyalah sebanyak 275 gram per kapita setiap hari mengikut diet yang ideal.
Sementara itu pengambilan makanan berasaskan ubi adalah hanya 40 gram sehari, jauh lebih rendah daripada jumlah ideal yang dicadangkan iaitu 100 gram sehari.
Kadar penggunaan beras per kapita bagi sebuah keluarga di Indonesia adalah sebanyak 139 kg setahun.
Februari lalu, Datuk Bandar Depok di Jawa Barat, Nur Mahmudi Ismail memulakan dasar ‘sehari tanpa nasi’ dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada beras sekali gus mengekalkan simpanan makanan negara. Langkah beliau berkenaan mendapat maklum balas yang bercampur-campur daripada penduduk wilayah berkenaan.
“Kami tidak meminta penduduk Depok supaya tidak makan nasi setiap hari tetapi hanya sehari seminggu dalam usaha untuk menggalakkan kepelbagaian menu makanan dan mengurangkan penggunaan beras supaya kita boleh menyelamatkan bekalan simpanan makanan negara,” kata Nur Mahadi.
Bagaimanapun, Dekan Fakulti Sains Kebudayaan di Universiti Indonesia, Bambang Wibawarta berkata bahawa program berkenaan mungkin tidak akan memberi kesan.
“Ia adalah sukar untuk mengubah pilihan tradisional penduduk bagi nasi manakala dasar baru itu dilancarkan secara tiba-tiba,” kata Wibawarta. – Agensi
* Sumber
Read more...
JAKARTA: Kementerian Pertanian Indonesia akan memperkenalkan satu program ‘sehari tanpa nasi’ yang bakal diperluaskan ke seluruh negara dalam usaha untuk menggalakkan kepelbagaian makanan di kalangan penduduknya.