Seks luar tabii: Warga emas dipenjara 7 hari
Tweet
PETALING JAYA — Seorang bekas tentera dihukum penjara tujuh hari selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap seorang suri rumah yang juga merupakan jirannya, tahun lepas.
Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Ibrahim Mohd. 63, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Hakim juga memerintahkan Ibrahim membayar kos perundangan sebanyak RM2,000 terhadap pihak pendakwaan, dan memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini.
Ibrahim didakwa meliwat wanita berusia 49 itu di sebuah rumah di Taman Desa Ria, di sini, pada 1.30 petang, 27 September 2011.
— BERNAMA
Read more...