GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 4 Ogos 2012

Hanya 10% ibu beri susu badan kepada bayi


SIBU - Hanya 10.1 peratus ibu di negeri ini memberi susu badan kepada anak masing-masing selama enam bulan selepas kelahiran mereka tahun lepas, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri Datuk Fatimah Abdullah.
Sambil melahirkan kebimbangan beliau tentang perkara itu, Fatimah menyarankan kepada Kementerian Kesihatan supaya menyusun strategi untuk meningkatkan jumlah ibu yang memberi susu badan kepada bayi mereka.
Kata beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan para ibu memberi susu badan kepada bayi masing-masing sepanjang tempoh enam bulan pertama kelahiran mereka, manakala Islam pula menganjurkan para ibu berbuat demikian sehingga anak mereka berusia dua tahun.
Fatimah berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Minggu dan Seminar Penyusuan Susu Ibu Sedunia anjuran bersama Hospital Daerah Sibu dan Jabatan Perubatan Bahagian di Maktab Latihan Jururawat di sini hari ini.
— BERNAMA

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP