Filem : 29 Februari cipta sejarah filem pertama 3D Malaysia
Tweet
Kru Studios yang terkenal sebagai peneraju penerbitan filem dengan penggunaan kesan khas (CGI) kembali memberikan kelainan dengan mengetengahkan filem bergenre baru ‘biografi fantasi’ yang diarahkan pengarah yang memenangi anugerah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) melalui filem Magika.
Ketika ditemui pada sidang media yang diadakan selepas majlis tayangan perdana filem itu baru-baru ini, Edry berkata, “penggunaan teknologi 3D adalah sebagai salah satu langkah untuk industri perfileman kita maju ke hadapan dan kerana itu saya mengambil inisiatif untuk belajar menggunakan teknologi 3D sekali gus mengaplikasikannya dalam filem ini.”
Filem 29 Februari yang dibintangi pelakon Remy Ishak, Jojo Goh, Fizz Fairuz dan Muniff Isa itu turut memuatkan footage video asal ketika pengisytiharan Merdeka serta nostalgia sejarah negara yang sekali gus mengimbau kenangan yang mengambarkan situasi pada zaman terbabit.
“Footage asal itu saya perolehi daripada Arkib Negara, kebanyakan visual itu sudah rosak dan di situlah cabarannya untuk memastikan ketulenan dan keaslian 'scene' bersejarah itu dapat dikekalkan untuk diproses menggunakan teknologi 3D yang terdapat dalam filem ini,” kata Edry.
Sementara itu, menurut Penerbit Eksekutif filem 29 Februari, Norman Abdul Halim, filem yang menelan belanja sebanyak RM3.5 juta itu ditayangkan serentak di 79 pawagam di seluruh negara mulai semalam.
Filem ini akan ditayangkan di dua pawagam di Brunei dan dua lagi pawagan di Singapura mulai 6 September ini.
Keistimewaan filem ini bukan sahaja terletak semata-mata pada lakonan mantap para pelakon, teknologi 3D serta CGI tetapi juga daripada segi skor muzik, penataan bunyi serta muzik asal yang dinyanyikan sendiri oleh Remy Ishak melalui lagu Kelip-kelip, Jagalah Diri dan Seperti Dulu.
Filem 29 Februari yang berlatarbelakangkan persekitaran dari 1896 sehingga 2012, mengisahkan kehidupan Budi (Remy) yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia empat tahun sekali.
Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap kecacatan itu sebagai satu sumpahan, sedangkan ia merupakan satu anugerah kepada Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka.
Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya yang cacat penglihatan, Razak (Izzue Islam) sejak kematian kedua ibu bapanya.
Selepas itu, Budi melalui pelbagai perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah negara dan dari situ dia mula mengenali erti cinta dan kebahagiaan apabila berkenalan dengan seorang gadis berketurunan Cina, Lily yang dilakonkan Jojo Goh.
Bagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran akibat dihalang oleh bapa Lily sendiri, Mr.Ho lakonan Chew Kin Wah.
* Sumber berita Sinar Harian
Read more...
SELEPAS meraih pelbagai kejayaan dan kemenangan melalui filem Hikayat Merong Mahawangsa dan Magika, KRU Studios kini kembali dengan filem 3D pertama di Malaysia yang berjudul 29 Februari arahan Edry Abdul Halim.
Barisan karyawan yang terlibat dalam filem 29 Februari