Kim Kardashian paling banyak dicari dalam enjin pencarian Bing
Tweet
Read more...
LOS ANGELES 28 Nov. - Kim Kardashian (gambar) mengungguli senarai personaliti paling banyak dicari pada tahun 2012 melalui enjin pencarian Bing semalam dengan mengalahkan penyanyi pop sensasi, Justin Bieber yang mendapat tempat kedua.
Kardashian, personaliti realiti televisyen Keeping Up With The Kardashians, merebut kembali kedudukan tempat pertama daripada Bieber selepas dia mengatasi senarai tahunan pada tahun 2010 dan Bieber pula muncul pada tempat pertama tahun lalu.
Personaliti yang berusia 32 tahun itu mula terkenal pada tahun 2007 selepas tersebar video seksnya di Internet, tetapi dia cekap mengguna rangkaian sosial untuk memperkenalkan jenamanya sendiri termasuk produk diet, kosmetik dan juga rekaan fesyen.
Bieber, 18, muncul di tempat kedua selepas mencapai kejayaan menerusi Anugerah Muzik Amerika dengan penghasilan album ketiga yang berjudul Believe yang dilancarkan Jun lalu.
Selebriti lain yang pertama kali berada di kedudukan sepuluh tempat terbaik termasuklah penyanyi Rihanna, Selena Gomez, Nicki Minaj and Taylor Swift.
Manakala Jennifer Lopez, Britney Spears, Megan Fox dan Lady Gaga pula terkeluar daripada sepuluh tempat terbaik.
Antara berita-berita menarik paling popular dalam enjin pencarian itu termasuklah pelancaran Apple iPhone 5 yang muncul di tempat pertama diikuti dengan Pilihan Raya Amerika Syarikat, manakala di tempat ketiga pula ialah Sukan Olimpik dan juga malapetaka taufan Sandy.
Rancangan realiti televisyen Here Comes Honey Boo Boo pula muncul di tempat kelima dan diikuti pula dengan 'Gaya Tarian Gangnam,' yang dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy.
Berita kelahiran anak Beyonce dan Jay Z turut menjadi berita paling popular dalam senarai diikuti dengan kelahiran anak Jessica Simpson serta berita kematian Whitney Houstan. - AGENSI
* Sumber