GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 29 November 2012

Kim Kardashian paling banyak dicari dalam enjin pencarian Bing


LOS ANGELES 28 Nov. - Kim Kardashian (gambar) mengungguli senarai personaliti paling banyak dicari pada tahun 2012 melalui enjin pencarian Bing semalam dengan mengalahkan penyanyi pop sensasi, Justin Bieber yang mendapat tempat kedua.

Kardashian, personaliti realiti televisyen Keeping Up With The Kardashians, merebut kembali kedudukan tempat pertama daripada Bieber selepas dia mengatasi senarai tahunan pada tahun 2010 dan Bieber pula muncul pada tempat pertama tahun lalu.

Personaliti yang berusia 32 tahun itu mula terkenal pada tahun 2007 selepas tersebar video seksnya di Internet, tetapi dia cekap mengguna rangkaian sosial untuk memperkenalkan jenamanya sendiri termasuk produk diet, kosmetik dan juga rekaan fesyen.

Bieber, 18, muncul di tempat kedua selepas mencapai kejayaan menerusi Anugerah Muzik Amerika dengan penghasilan album ketiga yang berjudul Believe yang dilancarkan Jun lalu.

Selebriti lain yang pertama kali berada di kedudukan sepuluh tempat terbaik termasuklah penyanyi Rihanna, Selena Gomez, Nicki Minaj and Taylor Swift.

Manakala Jennifer Lopez, Britney Spears, Megan Fox dan Lady Gaga pula terkeluar daripada sepuluh tempat terbaik.

Antara berita-berita menarik paling popular dalam enjin pencarian itu termasuklah pelancaran Apple iPhone 5 yang muncul di tempat pertama diikuti dengan Pilihan Raya Amerika Syarikat, manakala di tempat ketiga pula ialah Sukan Olimpik dan juga malapetaka taufan Sandy.

Rancangan realiti televisyen Here Comes Honey Boo Boo pula muncul di tempat kelima dan diikuti pula dengan 'Gaya Tarian Gangnam,' yang dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy.

Berita kelahiran anak Beyonce dan Jay Z turut menjadi berita paling popular dalam senarai diikuti dengan kelahiran anak Jessica Simpson serta berita kematian Whitney Houstan. - AGENSI

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP