Durian Runtuh dibawa Lari
Tweet
Read more...
Kak Mah terkilan kerana anak tirinya enggan berkongsi durian runtuh dengan lapan anaknya.
BANDAR TUN RAZAK - Seorang ibu merayu kepada anak tirinya yang merupakan pemegang amanah dan penama cek durian runtuh supaya mengagihkan sebahagian wang terbabit kepada lapan anaknya.
Ibu berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah berkata, anak-anaknya juga adalah anak peneroka Felda Jengka 12 walaupun suaminya sudah meninggal dunia pada 1995.
“Saya merupakan isteri kedua. Selama ini, saya tidak pernah menuntut sebarang hak daripada keluarga isteri pertama arwah suami saya.
“Namun kali ini, atas permintaan anak-anak, saya rasa patut meminta bahagian anak-anak saya ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Kak Mah berkata, walaupun sebagai isteri peneroka, dia tidak pernah menerima sebarang imbuhan yang diberikan kerajaan termasuk 'durian runtuh' fasa pertama dan kedua.
“Saya tidak pernah meminta apa juga kelebihan yang diberikan kerajaan kepada warga Felda, namun saya harap kali ini anak-anak saya menerima bahagian mereka,” katanya.
Menurutnya, perkara itu sudah diajukan kepada pihak pengurusan Felda tanah rancangan terbabit beberapa kali, namun dia diberitahu pihak Felda tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan cek berkenaan diserahkan kepada penama.

“Pemimpin kita juga telah beberapa kali menegaskan supaya penama menjalankan amanah mengagihkan 'durian runtuh' tersebut kepada adik-beradik walaupun adik-beradik tiri.
“Saya menganggap tindakan anak tiri saya ini tidak amanah kerana tidak menyampaikan hak anak-anak saya,” katanya.
“Saya menganggap tindakan anak tiri saya ini tidak amanah kerana tidak menyampaikan hak anak-anak saya,” katanya.
* Sumber sinarharian