GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 10 Januari 2013

RM3,000 Sarung Selendang ke Leher GRO


JOHOR BAHRU: Pelanggan di sebuah pusat hiburan di Taman Pelangi di sini, sanggup membayar ribuan ringgit semata-mata untuk menyarungkan selendang di leher wanita pelayan pelanggan (GRO) yang kemudiannya akan menemani mereka bersuka ria.
Taktik itu dikesan selepas Jabatan Imigresen Johor menyerbu premis berkenaan pada jam 12 tengah malam semalam dan menahan 14 GRO warga China.
Sebelum serbuan, penguat kuasa imigresen menyamar sebagai pelanggan dan masuk ke premis itu.
Sebagai tanda penghargaan dan tip untuk peneman minum serta bersuka ria, ada pelanggan yang menyarungkan selendang tertera tanda harga antara RM300 hingga RM3,000 di leher GRO berkenaan.
Selesai mempersembahkan tarian memberahikan itu, GRO berselendang itu akan ke meja pelanggan yang memberikannya tip untuk menemani mereka bersuka ria.
GRO itu juga dipercayai terbabit dalam aktiviti persundalan, namun ia masih dalam siasatan.
Ketua Operasi yang juga Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Hasan Silong berkata, ketika serbuan, GRO terbabit leka melayan pelanggan masing-masing.
“Bagaimanapun, ada yang cuba melarikan diri sejurus menyedari kehadiran kami dengan bersembunyi di dalam bilik khas, namun taktik itu berjaya digagalkan,” katanya.
Menurut Hasan, pihaknya turut menemui sebatang tiang di premis berkenaan yang kebiasaannya digunakan untuk mempersembahkan tarian tiang.
Bagaimanapun, menurut beliau, perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya tidak boleh membuat andaian awal bahawa GRO terbabit melakukan tarian tiang.
“GRO ditahan berusia antara 22 hingga 35 tahun, turut ditahan ialah dua lelaki juga warga China bagi membantu siasatan selain kaitannya dengan wanita terbabit.
“Semua yang ditahan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39B, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.
* Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP