Rentasi Lautan Atlantik guna 35 belon helium
Tweet
Read more...
Silver-Vallance menjadi orang pertama di Afrika melakukan aksi itu.
CAPE TOWN - Seorang lelaki di Afrika Selatan, kelmarin berjaya merentasi Lautan Atlantik dari Penjara Robben Island yang pernah dihuni Nelson Mandela, dengan menggunakan kira-kira 35 belon helium.
Tujuan Matt Silver-Vallance, 37, melakukan aksi sejauh enam kilometer dari lokasi bersejarah itu adalah untuk mengumpulkan dana berjumlah AS$1.1 juta (RM3.4 juta) bagi membina Hospital Kanak-kanak di Johannesburg yang akan dinamakan sempena nama bekas presiden tersebut.
Difahamkan, beliau mengambil masa selama sejam untuk terapung pada jarak beberapa meter dari permukaan laut.

"Idea ini tercetus semasa saya sedang menonton rancangan mengenai angkasawan di televisyen kira-kira tujuh tahun lalu," jelasnya yang turut terlibat dalam aktiviti kebajikan di Hospital Kanak-kanak di Cape Town, dipetik daripada laporan AFP.
* Sumber