GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 9 April 2013

Rogol: Zatul Serah Pada Polis Dakwa Mohd (Mentor)


Zatul serahkan kes kepada pihak polis.
PETALING JAYA: Peserta program realiti Mentor musim keenam, Zatul, menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung kes rogolnya oleh Juara Mentor 4 iaitu Mohd.
Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, berkata, dia telah menceritakan semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan dan berharap pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat mungkin.
"Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka.
"Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.
Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) itu diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd yang mendakwa dia difitnah oleh Zatul atas tuduhan rogol.
Mohd dalam kenyataan kepada media sebelum ini berkata, dia berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul atas fitnah itu kerana kejadian berkenaan benar-benar menjatuhkan namanya.
Mohd
Dalam pada itu tambah Zatul, nama baiknya juga tidak terjejas sekiranya Mohd yang merupakan protege kepada Ziana Zain mengambil pendekatan untuk terus memburukkan namanya kepada pihak media.
“Nama saya tidak terjejas walaupun Mohd mahu burukkan saya. Selebih itu saya enggan komen,” jelasnya.
Terdahulu Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 26, yang ditemui mStar Online selepas acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu mendedahkan Zatul pernah mengajaknya berkahwin sebelum ini.
Malah kata Mohd, Zatul juga merupakan peminatnya sehinggalah mereka menjadi rakan artis selepas wanita itu menyertai Mentor 6.
"Sebelum ini Zatul merupakan peminat saya dan kemudian kami menjadi rakan artis. Entah kenapa tiba-tiba dia ajak saya kahwin dan dia dah bersedia dengan semua persiapan majlis perkahwinan. Siap nak bawa jumpa keluarga lagi.
"Alih-alih, pada 5 Februari, saya ditahan reman atas tuduhan merogolnya pula. Mujurlah saya hanya ditahan empat hari sahaja kerana tiada bukti yang kukuh daripada pihak polis," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.
* Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP