Hot : Video Sumpah Laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Baitullah, Mekah tersebar
Pada April 2012, setelah beberapa bulan keputusan Kes Liwat saya di Mahkamah Tinggi, saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT ke Tanah Suci menunaikan Umrah bersama Arwah nenek. Alhamdulillah, semasa disana, saya peroleh semula kekuatan dan ketenangan. Maklumlah, pada Januari 2012, selepas keputusan kes saya diputuskan, saya berasa amat lemah dan tertekan.
Beberapa hari sebelum saya pulang, selepas Zohor, saya melakukan tawaf sunat, Solat Taubat dan Istiharah, saya mohon pada Allah petunjuk mengapa saya dijemput lagi untuk ke Tanah Suci?, sedangkan saya baru sahaja menunaikan Haji bersama Arwah Nenek pada November 2010.
Selepas sahaja Solat Fardhu Zohor, hati saya begitu terpanggil untuk melepaskan segala luka dan perit didalam hati saya, dengan melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Saya pun terus ke Kawasan Multazam(Pintu Kaabah), lalu melafazkan dan merakamnya sendiri... ( Sila Sambung Baca di blog Mohd Saiful Bukhari Azlan )
* Sumber mohdsaifulbukhari.blogspot.com
Read more...