GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 2 Mei 2013

#PRU13 : Calun BEBAS Herman Tino gadai kereta


Herman memilih simbol bunga raya sebagai lambang parti yang dibawanya menjelang PRU13 nanti.
TANJONG KARANG - Berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Tanjong Karang mungkin idea luar biasa yang tidak boleh diterima dek akal, tetapi itu cuba dibuktikan calon Bebas, Herman Tino yang serius untuk kempennya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Herman atau nama sebenarnya, Masrun Tamsi, 59, berkata, dia tidak mempunyai dana khas seperti calon lain dan hanya bergantung kepada bantuan rakan di samping terpaksa menggadai kereta dan meminjam wang bagi pastikan kempennya berjaya.

“Jika program berjalan kaki sejauh ini mampu buktikan kesungguhan saya menjalankan kempen, sudah pastinya saya akan buat sehingga ia berjaya walaupun mengambil masa tiga hari bermula Jumaat lalu sehingga Ahad melalui beberapa hentian.

“Namun, akhirnya saya berjaya menamatkannya,” katanya yang tiba di rumahnya di Jalan 7/1, Sungai Gulang-Gulang pada 6 petang, semalam.

Herman yang terkenal dengan lagu Ojo Kesandung itu berkata, dia menjadi calon Bebas bukan niat untuk menentang kerajaan sedia ada atau mahu menghabiskan wang simpanan.

“Namun kekecewaan apabila lagu yang dibawa untuk memulihkan hubungan persaudaraan antara orang ramai yang taksub dengan fahaman politik masing-masing
seolah-olah gagal meresap dalam jiwa mereka sekali gus memutuskan untuk menggunakan landasan politik menterjemahkan lirik supaya mendapat perhatian.

“Saya cuma mahu politik kotor yang saling mengutuk antara pemimpin, tindakan cantas pemimpin muda dan sikap orang memandai dihentikan kerana itu semua menimbulkan suasana tegang antara penduduk sekali gus menyebabkan kualiti kepimpinan yang ada hilang.

“Saya tiada wang banyak untuk dijanjikan kepada pengundi sekiranya menang nanti, tetapi saya mampu menjanjikan jambatan kasih sayang untuk memulihkan hubungan orang ramai yang kini dilihat rosak kerana taksub dengan fahaman politik.

“Saya mahu menerapkan pendamaian dalam politik dan menghormati kemajuan sedia ada selain menjaga harta benda dengan baik melalui lagu yang dinyanyikan seiring manifesto yang dibuat khas untuk pengundi di kawasan Parlimen Tanjong Karang,” katanya.

Buat masa ini katanya, beliau bergantung kepada dana tertentu untuk meneruskan usaha berkempen selain terpaksa menggadaikan harta benda bagi menjayakan usahanya untuk bertanding selain sokongan sahabat.

“Jika ada dana mencukupi, saya akan menganjurkan siri ceramah secara santai di kawasan tumpuan orang ramai tetapi sekarang ini, saya hanya akan melawat penduduk di kawasan sekitar untuk meraih undi,” katanya yang masih mendapat tentangan keluarga berhubung keputusan untuk bertanding itu.
* Sumber sinarharian


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP