GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 2 Mei 2013

Turkish Airlines Larang Pramugari Berlipstik Merah


Pramugari Turkish Airlines kini dilarang memakai lipstik berwarna terang seperti merah.

ANKARA- Syarikat penerbangan Turki, Turkish Airlines, melarang para pramugarinya menggunakan lipstik berwarna terang seperti merah atau merah muda.

Sejumlah media tempatan Turki mengkhabarkan, langkah ini menjadi perdebatan hangat berkaitan dugaan usaha Kerajaan Turki untuk mengislamkan negeri itu.

Langkah ini kontan mengundang protes. Banyak perempuan Turki memuat wajah mereka di media sosial lengkap dengan lipstik berwarna merah terang di bibir mereka.

Larangan lipstik ini merupakan langkah konservatif terbaru syarikat penerbangan ini yang mencetuskan perdebatan warga Turki yang sekular.

"Ini adalah satu langkah yang tidak wajar. Bagaimana lagi mendeskripsikan masalah ini?" kata Naib Presiden Parti CHP, Gursel Turkin.

Meski demikian, pengurusan Turkish Airlines mempertahankan keputusan itu sambil mengatakan bahawa dandanan sederhana lebih baik bagi pekerja di sektor perkhidmatan.

Beberapa bulan lalu, syarikat penerbangan yang 49 peratus sahamnya dimiliki kerajaan itu juga menghentikan perkhidmatan minuman beralkohol untuk penerbangan domestik.

Pada Februari lalu, cadangan seragam baru awak pesawat, iaitu skirt hingga mata kaki dan penutup kepala dari era Kesultanan Ottoman, juga mencetuskan kritik.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang disokong Parti Keadilan dan Pembangunan sudah berkuasa di Turki selama lebih dari satu dekad. Dia kerap dituding tengah menggiring Turki menjadi negeri yang lebih konservatif.

* Sumber kompas.com


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP