Tandas kafe kopi Starbucks cetus kemarahan
Tweet
HONG KONG - Sebuah kafe Starbucks di sebuah daerah perniagaan di sini mencetuskan kemarahan penduduk semalam kerana ia menggunakan air untuk membuat kopi dari paip di dalam sebuah tandas.
Read more...
GAMBAR menunjukkan sebuah kafe Starbucks yang terletak di sebuah daerah perniagaan di Hong Kong semalam.
HONG KONG - Sebuah kafe Starbucks di sebuah daerah perniagaan di sini mencetuskan kemarahan penduduk semalam kerana ia menggunakan air untuk membuat kopi dari paip di dalam sebuah tandas.
Kafe tersebut terletak di dekat Menara Bank of China telah menggunakan paip air tersebut sejak ia dibuka pada Oktober 2011.
Imej-imej dalam akhbar Apple Daily menunjukkan paip air itu mengandungi label yang menyatakan ia hanya untuk kegunaan Starbucks.
Seorang pengguna Facebook memberikan komen tentang penggunaan air tersebut di akaun kafe tersebut.
"Saya kini bimbang apabila membeli kopi dari Starbucks. Siapa yang tahu kafe-kafe lain turut menggunakan kaedah yang sama," kata pengguna Facebook itu, Kevin L.
Bekalan air itu diambil lima kali sehari oleh kakitangan-kakitangan kafe tersebut dari paip di dalam sebuah tandas berdekatan, kata pihak Starbucks kepada AFP.
"Kami tidak ada bekalan air secara langsung untuk penggunaan kafe. Keadaan itu menyebabkan kami terpaksa memperoleh air minuman dari sumber terdekat," kata jurucakap Starbucks, Wendy Pang.
Menurutnya, air yang diambil dari tandas itu akan ditapis di dalam kafe itu bagi memastikan ia memenuhi piawaian tempatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
- AFP (kosmo!)
Read more...