Piala FA Separuh Akhir,Johor DT Ke Final
Tweet
Read more...
KUALA LUMPUR: Johor Darul Takzim (Johor DT) layak ke perlawanan akhir Piala FA 2013 walaupun kalah 1-2 kepada Pahang pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini malam Sabtu.
Johor DT menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, pada 25 Mei lepas untuk menjadikan keputusan agregat 2-2.
Mereka layak ke final berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.
Penjaring:
Pahang: Matias Ruben Conti (minit kedua, 40)
Johor Darul Takzim: Andrezinho (minit ke-48)
Barisan Pemain:
Pahang: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Jalaluddin Jaafar (Mohd Saiful Nizam Miswan), Damian Delano Stewart, Amirul Hadi Zainal (Azidan Sarudin), R. Surendren, Matias Ruben Conti, Azamudin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan (Mohd Fauzi Rozlan).
Johor DT: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Irfan Abdul Ghani (K. Thanaraj), Kamarul Afiq Kamarudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Andrezinho, Mohd Nurul Azwan Roya, Ahmad Ezrie Shafizie, Mohd Nazri Ahmad (Safiq Rahim), Jasazrin Jamaluddin, Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez (Mohd Safee Sali).
Pengadil: Syed Azhar Syed Kamar
- BERNAMA (mStar Online )