Derita sakit punggung terbongkar
Tweet
Read more...
Kuala Lumpur: Bagai melepaskan anjing tersepit. Itulah perumpamaan bagi menggambarkan perbuatan keji seorang lelaki apabila sanggup meliwat kanak-kanak yang juga anak kepada dua rakan baiknya yang juga sepasang suami isteri.
Lelaki berusia 25 tahun itu ‘dikutip’ pasangan suami isteri terbabit untuk tinggal bersama sejak sebulan lalu selepas dia dihalau dari rumah sewanya kerana gagal menjelaskan sewa bulanan.
Difahamkan, mangsa gagal menjelaskan sewa rumahnya selepas dibuang kerja kerana masalah disiplin. Namun, perbuatan keji lelaki terbabit terbongkar kira-kira jam 6.30 petang, Selasa lalu, apabila anak lelaki yang berusia lima tahun itu menceritakan kejadian menimpanya sebelum ibu bapanya yang berusia 27 tahun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.
Sumber berkata, mangsa pada mulanya mengadu sakit di bahagian punggung.
“Ibu mangsa membuat pemeriksaan terkejut apabila mendapati terdapat kecederaan sebelum mendesak menceritakan apa yang berlaku.
“Dalam ketakutan, mangsa memberitahu dia diliwat rakan baik ibu bapanya,” katanya. Sumber itu berkata, berang dengan kejadian menimpa, pasangan suami isteri itu tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini. Sehubungan itu, pasangan suami isteri itu tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.
Difahamkan, lelaki berkenaan masih belum ditahan, namun usaha mengesannya sedang giat dijalankan.
Sumber