GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 6 Oktober 2013

Tiada yang pelik ! Ikon pop AS, Madonna kini belajar al-Quran ?

GAMBAR Madonna menghiasi majalah Harper Bazaar edisi November.
Los Angeles: Ikon pop AS, Madonna semalam mendedahkan dia sedang mempelajari Al-Quran.
“Adalah penting mempelajari semua kitab suci penganut agama lain,” kata penyanyi berusia 55 tahun itu kepada edisi terbaru majalah Harper Bazaar. 
“Seperti kata sahabat saya Yaman, seorang penganut Islam yang baik adalah juga Yahudi yang baik dan Yahudi yang baik adalah juga penganut Kristian yang baik dan seterusnya. Saya amat bersetuju dengannya,” kata Madonna. 
Dalam wawancara itu, Maddona mengaku pernah diperkosa dengan pisau diacu pada belakangnya ketika terkial-kial menempa nama sebagai artis di New York. 
Selain diperkosa, apartmen didiaminya turut diceroboh tiga kali dan berkata dia sentiasa dalam ketakutan sebelum muncul sebagai penyanyi dan penari tersohor. 

Dalam artikel itu, Madonna mengimbau kenangannya ketika di Britain. Dia berkahwin dengan pengarah Guy Ritchie dan tertarik dengan kehidupan dan pandangan desa di situ. 

“Kehidupan di New York bukan seperti apa yang saya impikan. Kedatangan saya di situ tidak diterima dengan tangan terbuka,” kata penyanyi itu. 

Madonna pernah menjadi model bogel untuk kelas lukisan. Kami duduk bertentangan dan saling berpandangan. 

“Ketika pertama kali diperkosa, saya diseret ke atas bumbung rumah sambil lelaki itu mengacu pisau di belakang badan. 

“Tiga kali apartmen saya dipecah masuk. Saya tidak tahu mengapa. Tiada barang berharga pun di situ. Kali pertama mereka cuma mengambil radio. 

“Saya sentiasa dalam ketakutan dan tidak selesa dengan bau kencing dan muntah terutama pintu masuk tangga ke apartmen saya,” kata penyanyi itu. 

Namun penyanyi itu kagum dengan kehebatan bangunan tinggi dan keluasan New York. 

“Kesesakan laluan pejalan kaki, bunyi bising trafik dan kesibukan warga kotanya memberi kejutan kepada urat saraf. 

“Saya seperti berada dalam dunia asing. Saya seperti pahlawan yang merempuh musuh untuk hidup. Saya rasa kembali hidup dan bertenaga,” katanya dalam temu bual berkenaan. 

Dalam temu bual itu, Madonna juga mengimbau kenangannya menjadi bintang dalam seawal usia 20-an, menganut Kabbalah dalam usia 30-an sebelum berkahwin dengan Ritchie dan berpindah ke Britain pada usia 45 tahun. 
- AFP(myMetro)

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP