GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 8 November 2013

Belasah bini guna besi yang didakwa berlaku Curang


KUANTAN - Akibat hilang sabar dengan perangai isteri yang didakwa berlaku curang, seorang suami bertindak memukul bahagian belakang tubuh wanita itu menggunakan rotan dan besi hingga cedera.

Dalam kejadian itu, lelaki terbabit, Azizan Md Isa, 55 dari Felda Lepar Hilir 1 dekat sini mengakui dia turut menumbuk muka isterinya itu hingga lebam.

Azizan yang mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya memberitahu mahkamah bahawa tindakannya itu bertujuan untuk mengubah perangai wanita itu yang selalu membuat onar di belakangnya.

“Saya sudah hilang sabar selepas segala teguran dan nasihat langsung tidak diendahkan malah dia terus mengulangi perbuatan itu,” katanya selepas membuat rayuan berhubung hukuman yang bakal dihadapi.

Akibat kejadian kira-kira tiga tahun lalu itu, tertuduh yang juga peneroka tanah rancangan Felda dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh didenda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Felda Lepar Hilir 1, Gambang dekat sini kira-kira jam 7.40 petang, 24 Ogos 2011.

Susulan kejadian itu, isterinya membuat laporan polis sehingga membawa penahanan tertuduh sehari selepas peristiwa tersebut.

Dalam rayuannya juga, tertuduh merayu agar hukuman diringankan memandangkan kejadian itu sudah lama dan berlaku bukan atas dasar sengaja.

“Saya mempunyai isteri (baru) dan anak yang perlu ditanggung dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebagai peneroka,” katanya.

Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali menegur perbuatan tertuduh itu, kerana sebagai seorang suami dia tidak sepatutnya bertindak secara kekerasan terhadap isteri atas apa alasan sekali pun.

“Jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran dan jangan mengulanginya lagi pada masa akan datang,” tegurnya sebelum memerintahkan tertuduh membayar denda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Sumber sinarharian


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP