Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank Direman
Tweet
Read more...
Suspek kes rompakan dan tembak mati seorang pegawai bank tiba di Makamah Majistret Petaling Jaya untuk direman bagi membantu siasatan. Foto: ROHAIZAT MD DARUS/THE STAR.
PETALING JAYA: Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu tiba di Mahkamah Majistret di sini untuk direman bagi membantu siasatan.
Suspek tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 3.18 petang dengan kawalan ketat pasukan polis yang membawa senjata berat dari Kota Tinggi, Johor, lokasi di mana dia ditahan.
Suspek memakai kemeja T berwarna hitam dan beseluar jeans.
Suspek kemudian dibawa keluar pada jam 3.40 petang dengan kereta polis dan diiringgi lima kereta polis yang lain.
Dalam kejadian 23 Okt lalu, Norazita meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak oleh suspek di Subang Jaya.
Suspek juga melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.
Sumber mStar Online