Wanita digalakkan jadi pemandu Bas ?
Tweet
Read more...
Arkib sumber google
PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalakkan golongan wanita untuk menceburi kerjaya sebagai pemandu
bas dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga.
Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun berkata, kerjaya itu dalam kalangan wanita bukanlah sesuatu yang asing dan ia merupakan senario biasa di negara-negara seperti China, Australia, Singapura, India dan Iran.
"Negara-negara ini merupakan negara membangun yang mengiktiraf peranan wanita sebagai pemandu," katanya ketika berucap melancarkan Seminar Kerjaya Pemandu Wanita Bersama Rapid KL di sini, hari ini.
Menurut Azizah, kajian juga menunjukkan hormon estrogen wanita membantu mereka mempunyai daya fokus lebih baik berbanding lelaki dan
bilangan pemandu wanita yang melanggar undang-undang lebih rendah daripada mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid), Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata, penglibatan wanita dalam kerjaya itu masih rendah di mana daripada 3,000 pemandu di syarikat itu, hanya 60 daripada mereka adalah wanita.
- Bernama
Read more...