GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 5 Februari 2014

Berbogel selepas tak dibenar masuk istana presiden


New Delhi: Sepasang suami isteri berusia dalam lingkungan 30 tahun berbogel di depan Rashtrapati Bhavan (gambar)  kelmarin selepas tidak dibenarkan masuk ke istana presiden, kata polis. 

Pasangan berkenaan dikenali sebagai Prabhat dan Anuradha pergi ke pintu masuk utama istana dan menuntut untuk bertemu dengan Presiden Pranab Mukherjee. 


Gagal beri alasan 

Apabila kakitangan keselamatan bertanyakan alasan mahu menemui presiden, mereka gagal memberitahu sebabnya. “Mereka kemudian menanggalkan pakaian,” kata polis. 

Pengawal keselamatan yang terkejut segera menyuruh mereka memakai semula pakaian tetapi si lelaki sekali lagi menanggalkan pakaian yang diarahkan pakai dan mula berlari dalam keadaan bogel, dengan anggota polis mengejarnya. 

Beliau dipintas oleh kenderaan polis dan dipaksa masuk ke dalam kenderaan itu. Pasangan berkenaan dibawa ke balai polis Jalan Parlimen. 

Polis berkata, mereka gagal memberitahu alasan sebenar membuat bantahan itu. Kedua-duanya tidak bertindak normal dan dibawa ke hospital Ram Manohar Lohia untuk tujuan pemeriksaan perubatan, kata polis. 

Mereka juga dibawa berdepan dengan majistret dan kemudian dimasukkan ke Institut Peri Laku Manusia dan Sains Bersekutu di timur ibu negara. 

Polis masih memeriksa latar belakang pasangan berkenaan. 


- AGENSI


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP