Ketagih khidmat mesra penuntut dengan hanya RM50
Tweet
Read more...
imej *hiasan
Batu Pahat: Bijak memanjakan lelaki selain mempunyai pengetahuan luas mengenai isu semasa menjadi antara faktor penarik menyebabkan ramai lelaki memilih penuntut pengajian tinggi untuk melayan mereka.
Perkara itu didedahkan Suhaimi, 34, (bukan nama sebenar) yang mendapatkan khidmat gadis penghibur atau peneman dalam kalangan penuntut pusat pengajian tinggi.
Menurut Suhaimi, dia mula mengenali seorang penuntut melalui aplikasi sembang dan terkejut dengan tawaran yang dinyatakan penuntut itu.
“Selepas mengenali penuntut terbabit selama tiga hari, dia pada mulanya mengajak saya ke karaoke, tetapi sebelum keluar dia meminta saya ‘belanja’ RM50 untuk layanan mesra.
“Saya kemudian bersetuju dan membawanya ke pusat karaoke.
Dia peramah dan banyak bercerita mengenai isu semasa menjadikan hubungan kami semakin menarik.
“Bagaimanapun, dia menolak ketika saya mengajaknya ke ranjang kerana ‘khidmatnya’ hanya untuk menghiburkan saya,” katanya.
Suhaimi yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran berkata, hubungan mereka tidak berakhir di situ kerana penuntut terbabit turut memperkenalkan rakannya yang menawarkan perkhidmatan sama.
“Saya semakin ketagih dengan khidmat yang diberi disebabkan ‘permainan’ ini selamat kerana tidak sampai ke ranjang.
Setakat RM50 itu tidak menjadi masalah,” katanya.
Setakat RM50 itu tidak menjadi masalah,” katanya.
CIUM BOLEH, LEBIH JANGAN!
Siang bertudung dan berbaju kurung, namun penampilan sopan dan mengikut syariah itu berubah 100 peratus pada waktu malam apabila mereka hanya menyarung skirt pendek serta bersinglet nipis.
Demikian gelagat segelintir gadis berstatus penuntut pusat pengajian yang bukan berasal dari daerah ini untuk mencari wang tambahan dengan bekerja sambilan sebagai teman penghibur.
Walaupun tidak berada di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru, tetapi mereka bijak mencari peluang demi memperoleh wang saku bagi menampung kos perbelanjaan harian sebagai pelajar.
Difahamkan, mereka bergerak aktif bermula jam 10 malam dan bertemu dengan lelaki yang sudah terlebih dahulu membuat temu janji di lokasi ditetapkan iaitu hanya di sekitar daerah ini.
Pelajar itu didapati menetapkan bayaran tertentu iaitu sekitar RM50 hingga RM150 dan boleh dibawa ke pusat hiburan dan pusat karaoke sebagai teman penghibur.
Namun, mereka menolak untuk dibawa ke ranjang walaupun ditawarkan bayaran lumayan.
Wartawan Harian Metro berjaya menjejaki mereka melalui kenalan di beberapa pusat karaoke dan hiburan di daerah itu.
Pada mulanya mereka enggan bekerjasama apalagi mendedahkan identiti kerana bimbang aktiviti terbongkar kepada pengetahuan keluarga.
Selepas dipujuk akhirnya beberapa wanita itu akur dan mendedahkan diri mereka adalah penuntut pusat pengajian.
Penuntut terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 20, berkata, keluarga memberinya duit saku RM200 sebulan saja dan jumlah itu ditambah dengan wang pinjaman.
“Jumlah itu memang tidak mencukupi bagi menampung kos belajar dan belanja harian menyebabkan saya terpaksa memikir jalan lain bagi mendapatkan wang.
“Jumlah itu memang tidak mencukupi bagi menampung kos belajar dan belanja harian menyebabkan saya terpaksa memikir jalan lain bagi mendapatkan wang.
“Saya mula aktif keluar pada waktu malam sejak setahun lalu dan memperoleh kira-kira RM1,000 sebulan,” katanya.
Ika berkata, dia hanya mengambil upah menemani lelaki di pusat hiburan atau karaoke dan enggan sama sekali dibawa ke ranjang.
“Jika mereka suruh saya menyanyi atau menari saya akan lakukan, tetapi hanya setakat itu.
“Selepas dibayar dan selesai menemani mereka saya dan beberapa lagi rakan akan pulang ke rumah sewa kerana perlu berehat untuk pergi kuliah keesokan hari,” katanya.
Seorang lagi penuntut yang juga kenalan Ika dikenali sebagai Yana, 19, berkata dia mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu selepas diperkenalkan rakan-rakannya.
“Saya berani untuk turut serta dan melakukannya kerana ia tidak sampai hingga menggadai maruah saya.
“Kebiasaannya kami akan berkenalan dengan lelaki itu melalui laman sosial atau diperkenalkan daripada kenalan lain.
“Ada juga pelanggan kami daripada golongan berjawatan yang datang ke daerah ini atas urusan kerja,” katanya.
Menurut Yana, dia akan memberi amaran terlebih dulu kepada lelaki terbabit supaya tidak melakukan perkara di luar batasan.
“Tetapi, ada juga lelaki yang memeluk dan mencium saya ketika sedang berhibur, namun setakat itu saja.
“Saya lakukan ini semua hanya kerana wang dan setakat ini ia tidak mengganggu pelajaran,” katanya.
Sumber berita Harian Metro