Lelaki tahan Janda di bawah tanah
Tweet
BEIJING 6 Mei - Seorang lelaki China ditahan polis selepas dia bertindak mengurung bekas isterinya di dalam sebuah bilik bawah tanah dalam satu kejadian di daerah Deyang di wilayah Sichuan, baru-baru ini.
Bagaimanapun Mail Online dalam laporannya tidak menyatakan sejak bila Lin Yan, 35, dikurung di dalam bilik itu yang dibina secara rahsia oleh bekas suaminya, Lin Dajun, 40, selepas isteri pertama dan keduanya bertindak meninggalkannya.
Yan bernasib selepas polis yang sedang membuat proses bancian di daerah itu mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan perwatakan Dajun dan mendengar suara wanita semasa membuat pemeriksaan di rumah tersebut.
Menurut jurucakap polis, Dajun berjaya memujuk Yan supaya datang ke rumahnya sebelum dia bertindak mengugut untuk membunuh wanita itu sekiranya dia cuba meninggalkan rumah tersebut.
Katanya, Dajun bertindak mengurung bekas isterinya itu selepas dia bimbang Yan akan meninggalkannya.
Yan, bagaimanapun dibenarkan keluar daripada tempat tahanannya semasa Dajun berada di dalam rumah sebelum bekas suaminya itu mengurungnya sewaktu dia keluar dari rumah,'' katanya.
Dajun kini berdepan tuduhan menculik dan menahan secara tidak sah.
Sumber Utusan
Read more...
Lin Yan keluar dari tempat dia dikurung bekas suaminya di bawah tanah selepas diselamakant polis China, baru-baru ini. - AGENSI