Wanita Dalam Video 'Pesta Sukan Bogel' Dibebas Dengan Jaminan Polis
Tweet
Read more...
Polis pada Jumaat mengedarkan gambar 11 daripada 18 individu yang menyertai Pesta Sukan Bogel yang diadakan di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang.
BALIK PULAU: Seorang guru muzik yang ditahan polis kerana terbabit dalam pesta "sukan bogel" di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Superitendan Lai Fah Hin berkata guru yang berusia 34 itu dibebaskan pada Jumaat selepas merakamkan kenyataannya.
Polis menahan wanita berkenaan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan di barat daya daerah itu pada pukul 9.55 malam Khamis.
Terdahulu, dilaporkan sebuah klip video yang bertajuk “Penang Nude Sports Games 2014”, dimuat naik di laman web perkongsian video Vimeo kira-kira dua bulan lalu, yang menyiarkan para peserta berbogel dalam satu pesta sukan.
Klip video itu dimuat naik oleh Albert Yam, yang kemudiannya dipadam pada Selasa.
Terdahulu pada Jumaat, polis mengeluarkan gambar 11 peserta pesta itu.
Sumber mStar Online