GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 9 Ogos 2014

Kerajaan kaji kewajaran tutup Facebook ?


KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
    
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.
    
"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras.
    
Turut hadir Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Wanita Umno Cheras, Datuk Hajah Zurainah Musa.




Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika menjawab pertanyaan media selepas majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras 2014 di sini, malam tadi. - Foto Bernama
    
Namun, Ahmad Shabery yang juga Ahlj Majlis Tertinggi Umno, berkata adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima.
   
"Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun...aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja.

Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya,  itu kita perlu tengok balik", katanya.
    
Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu. 


- Bernama


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP