GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 31 Oktober 2010

JPJ masih kesan pemilik bas nahas Genting Sempah

JERANTUT 31 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih mengesan pemilik syarikat bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan tujuh penumpang di Kilometer 38 Genting Sempah, berhampiran susur ke Genting Highlands, Jumaat lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, sehingga hari ini, JPJ masih gagal mengesan pemilik terbabit, walaupun lokasi syarikat bas berkenaan berjaya ditemui.

Beliau berkata, maklumat dan kenyataan pemilik syarikat bas berkenaan amat penting untuk melengkapkan siasatan kes itu, justeru, JPJ bekerja keras bagi menjejaki individu atau pihak terbabit.

"Kita mahu dapatkan maklumat lanjut daripada pemilik syarikat bagaimana dia boleh menggaji seorang pemandu, yang mengikut rekod kita, tidak memiliki lesen memandu yang sah, untuk membawa penumpang dari Baling hingga ke Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas menutup program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Lepar Utara hari ini. - Bernama.

*** Pemandu tak punyai lesen memandu..Syarikat bas pun tak tau sapa punya..ini nama nya '' meharu ''

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP