GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 1 Ogos 2011

Tatu pada muka pemandu mabuk


* MUKA Cory Smith dipenuhi dengan tatu.

WISCONSIN, Amerika Syarikat - Seorang lelaki berusia 29 tahun, Cory Smith yang mempunyai tatu ganjil pada mukanya ditangkap buat kali kelima kerana memandu kereta dalam keadaan mabuk, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia ditahan oleh polis baru-baru ini selepas dilihat keretanya dipandu ke kiri dan ke kanan jalan di bandar Two Rivers di sini.

Semasa didekati polis, badan pemuda itu mengeluarkan bau alkohol yang kuat dan dia tidak mampu untuk berdiri kerana mabuk.

Dia amat dikenali oleh polis sebagai pemandu yang pernah melakukan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk kerana mukanya dipenuhi tatu.

Hakim Patrick Willis memerintahkan lesen memandunya digantung selama 40 bulan, menjalani ujian air kencing secara rambang dan dipenjarakan 10 bulan tetapi dibenarkan keluar untuk bekerja. - Agensi

* Sumber kosmo! Online



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP