GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 1 November 2011

Gambar bogel: Taylor Swift ancam saman laman web


* Taylor Swift

LOS ANGELES: Penyanyi lagu Country, Taylor Swift mengarahkan peguamnya bertindak selepas dia dikaitkan dengan skandal gambar bogel.

Penyanyi itu dikatakan berang selepas satu laman web gosip menyiarkan gambar wanita yang menyerupai dirinya dalam keadaan separuh bogel dengan tajuk ‘Gambar Taylor Swift Separuh Bogel Bocor?’

Peguam penyanyi berusia 21 tahun itu yang lagu hitnya termasuk ‘Love Story,’ menuntut laman berkenaan membuang gambar itu.

Dalam surat kepada laman itu, peguam Taylor mendakwa, ia gambar dan berita palsu mengenai penyanyi itu.Jurucakap laman web terbabit, Celebrity Jihad tidak dapat dihubungi untuk mengulas. Kenyataan asal mereka berbunyi:

“Selepas mengkaji secara teliti gambar ini, saya percaya ia sebenarnya gambar Taylor Swift.”

Menurut laporan, Taylor akan menyaman Celebrity Jihad atas kesalahan pelanggaran jenama jika laman web itu tidak bertindak.

Bekas bintang cilik bermasalah, Lindsay Lohan baru-baru ini bergambar bogel untuk majalah Playboy dan memperoleh bayaran AS$1 juta (RM3 juta). - Agensi

* Sumber myMetro



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP