GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 1 Disember 2011

Guna simen besarkan punggung

* GAMBAR yang diperoleh kelmarin daripada Jabatan Polis Miami Gardens menunjukkan pakar bedah plastik tiruan, Onel Ron Morris yang menyuntik campuran simen, bahan kimia aerosol dan gam untuk membesarkan punggungnya.
MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa mangsa mula muncul bagi membantu polis untuk mengumpulkan bukti tentang perbuatan seorang lelaki yang menyamar sebagai pakar bedah plastik di negeri Florida.

Polis berkata, pakar bedah plastik itu, Oneal Ron Morris membahayakan keselamatan pelanggannya kerana menyuntik campuran simen, bahan kimia aerosol dan gam untuk membesarkan punggung dan bibir mereka. 

"Kami menerima panggilan daripada beberapa mangsa dengan kebanyakan mereka ialah mak nyah, tetapi setakat ini terdapat dua kes yang disahkan," kata jurucakap polis Miami, William Bamford pada Selasa lalu.

Menurutnya, selepas polis melakukan siasatan, Morris dan pembantunya, Corey Alexander Eubank ditangkap pada minggu lalu kerana menjadi pengamal perubatan tanpa lesen dan menyebabkan kecederaan sebelum kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin.

Morris yang merupakan seorang mak nyah turut menyuntik dirinya dengan bahan beracun tersebut. - AFP

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP