GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 1 April 2012

Status lagu Bawaku Pergi diketahui seminggu lagi


KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan Raja Lawak dan Kaka akan diharamkan atau sebaliknya hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini, lagu itu hanya digantung buat sementara waktu sehingga siasatan sepenuhnya selesai dijalankan.
"Kita masih menjalankan siasatan dengan mengenal pasti sama ada lagu tersebut secara langsung menghina agama, budaya atau moral.
"Kerajaan akan bersikap teliti dan adil sebelum sesuatu lagu itu diharamkan," katanya ketika dihubungiKosmo! Ahad di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai lagu tersebut yang digantung siaran buat seketika ekoran liriknya yang mendatangkan kon troversi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pen cipta Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M. Daud Wahid berkata, lagu tersebut wajar diharamkan jika liriknya boleh mendorong anak muda terutamanya remaja perempuan untuk lari dari rumah.
* Sumber Kosmo!

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP